Khamis, 30 Jun 2016

Zesh Rehman setuju tamatkan kontrak bersama Pahang FC

Pertahanan Pakistan kelahiran England, Zesh Rehman hari ini sah mengumumkan dirinya telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak bersama dengan pasukan Pahang.

Zesh, 32 tahun telah bersama dengan Pahang sejak 2014. Bekas pemain Fulham ini berjaya menghadiahkan Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun pertamanya di Kuantan.

“Pahang memiliki penyokong terbaik di Malaysia dan pasukan terbaik pernah saya beraksi bersama. Saya meninggalkan pasukan ini denga penuh kebanggaan, memori yang manis serta persahabatan baru yang kukuh.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh anggota pasukan untuk baki saingan musim ini” katanya dipetik dari laman instagram peribadinya.
Masa depannya selepas ini masih belum diketahui namun desas-desas kuat mengatakan dia akan beralih ke bidang kejurulatihan selepas berjaya mendapatkan lesen A kejurulatihan UEFA baru-baru ini di England.

Zesh turut mengakui pada awal musim ini, dia menerima tawaran untuk menjadi sebahagian dari staff kejurulatihan Pahang namun menolaknya kerana merasakan bukan waktu yang sesuai untuk dirinya menerima tawaran tersebut.

Bagaimanapun dia tolak menolak kemungkinan untuk membantu Pahang satu hari nanti.

“Saya suka untuk kembali di sini. Pastinya saya akan kembali Kuantan yang juga merupakan tanah kelahiran anak saya” katanya.

Sumber : duniasukan.com

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget