Khamis, 30 Jun 2016

Nenad Bacina sah ketua jurulatih skuad P.Pinang

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melantik Nenad Bacina secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan itu menggantikan Jacksen Tiago.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff mengesahkan Jacksen Tiago telah digugurkan secara rasmi selepas 'direhatkan' susulan prestasi hambar.

"Zaman Jacksen telah berlalu dan saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya.

"Sekarang harapan pasukan Harimau Kumbang adalah untuk kekal dalam Liga Super dengan bantuan Bojan Hodak dan Nenad Bacina," katanya.

Jacksen sebelum ini direhatkan daripada tugas sebagai ketua jurulatih pasukan, rentetan prestasi yang tidak menentu ketika pusingan pertama Liga Super.

FAP melantik Bojan Hodak sebagai Ketua Pengarah Urusan (CEO) FAP manakala Bacina dilantik sebagai pengurus pasukan menggantikan Azizudin Mohd Shariff sekali gus selaku pemangku ketua jurulatih pada Mei lalu.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget