Sabtu, 18 Jun 2016

Weigang bimbang dengan kepadatan jadual akan jejas pemain

Karl Heinz Weigang bimbang dengan kepadatan jadual yang menyaksikan semua pasukan terpaksa beraksi setiap tiga hari berikutan Liga Super dan Piala Malaysia 2016 berlangsung serentak mulai 13 Julai ini.
“Saya tahu mengenai perlawanan Piala Malaysia yang akan diadakan, tapi tidak jangka diadakan serentak dengan Liga Super.

“Tidak ada apa yang boleh dilakukan. Cuma saya bimbang persembahan pasukan akan terjejas akibat keletihan.

“Justeru, pasti sukar untuk melihat permainan berkualiti kerana pemain sudah tentu penat,” katanya.

Perak mengadakan latihan pada sebelah malam bermula jam 10 sepanjang Ramadan ini.

Jurulatih itu berkata, sebelum ini dia bercadang mengadakan latihan pusat selepas Aidilfitri yang jatuh pada 6 atau 7 Julai kerana ada kira-kira seminggu sebelum Liga Super bersambung 16 Julai.

“Bagaimanapun, dengan adanya perlawanan Piala Malaysia pada 13 Julai, program itu tidak dapat diadakan kerana masa terlalu suntuk,” katanya.

Jurulatih itu tampak berkenan dengan pemain Albania Xhevahir Sukaj, 28, yang mewakili kelab Partizani Tirana, dalam Superliga Albania ketika diuji, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Biarlah kita uji dia betul-betul dan jika sudah sah milik Perak baru saya ulas,” katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget