Sabtu, 18 Jun 2016

Sarawak Energy kembali menaja Sarawak

Pasukan Sarawak mendapat berita gembira apabila Sarawak Energy akan kembali menaja pasukan itu untuk musim 2016.

Perjanjian bersama syarikat pembekalan elektrik itu dipercayai bernilai RM1 juta.

Dalam majlis ringkas yang diadakan di Menara Sarawak Energy minggu ini, skuad Ngap Sayop itu dengan memaparkan jenama itu untuk pakaian sesi latihan, perjalanan dan pemanas badan selain perlawanan di tempat sendiri.

Sejak kembali dibimbing David Usop, Sarawak mempamerkan peningkatan prestasi untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super di tangga ke sembilan, sekali gus layak untuk bersaing dalam kempen Piala Malaysia musim 2016.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget