Sabtu, 18 Jun 2016

Weigang uji kemampuan pemain import dari Albania

Karl Heinz Weigang berpeluang menguji kemampuan pemain Albania, Xhevahir Sukaj dalam perlawanan persahabatan apabila Bos Gaurus menentang ATM di Ipoh, malam ini.

Selepas menyaksikan Sukaj, 28, beraksi dalam latihan selama empat malam, perlawanan ini pentas terbaik untuknya melihat keupayaan sebenar pemain itu dari kelab Partizani Tirana, dalam Super Liga Albania.

"Aksi semasa latihan lain manakala persembahan dalam perlawanan lain. "Namun berdasar setakat ini memang dia pemain yang baik serta memiliki ciri-ciri yang dicari," katanya.

Justeru Weigang berkata, dia akan membuat keputusan sama ada mencadangkan Sukaj kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) selepas perlawanan berkenaan.

Malah Weigang berkata Perak akan mengadakan satu lagi perlawanan iaitu dengan DRB-Hicom pada 25 Jun ini.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget