Isnin, 27 Jun 2016

Import dari Liberia bakal sarung jersi Sarawak

Pemain import dari Liberia, Teah Dennis semakin hampir menyarung jersi pasukan Sarawak selepas berjaya mencuri perhatian jurulatih, David Usop bagi mengisi slot pertahanan tengah skuadnya.

Corak permainan yang ditampilkan oleh pemain pertahanan Liberia ini berjaya menambat hati David dalam sesi latihan sebelum ini.

Tetapi, dia menegaskan itu tidak bermakna pemain berusia 24 tahun berkenaan sudah sah untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Davide Grassi.

Ini kerana, Dennis masih lagi perlu bersaing dengan dua calon pemain import lain dari Romania dan Serbia.

“Kami telah memanggil tiga pemain import untuk diuji, buat masa ini, dennis merupakan antara yang menonjol,” kata David.

David mengakui anak buahnya kini bergantung kepada perlawanan persahabatan untuk memastikan momentum mereka tidak hilang sepanjang bulan Ramadhan.

Menang 1-0 berdepan PKNS FC pada Sabtu sekurang-kurangnya memberikan semangat untuk pemainnya mengekalkan prestasi sebelum bermula Piala Malaysia Julai depan.

“kami perlu mencari semula rentak untuk menghadapi piala malaysia, dan beberapa perlawanan persahabatan dapat membantu kami.”

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget