Selasa, 28 Jun 2016

Tolong lepaskan saya kali ini : Azrif

"Tolong lepaskan saya kali ini," itu rintihan Mohd Azrif Nasrulhaq yang meminta jasa baik pengurusan Selangor memberi lampu hijau kepadanya menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) berakhir.

"Peluang ini hanya datang sekali, selepas itu kita tidak tahu apa yang akan terjadi.

"Saya sudah berbincang dengan keluarga, saya harap Selangor dapat lepaskan saya untuk ke JDT," katanya.

Apa yang pasti, Azrif tidak mahu menunggu sehingga musim ini tamat untuk ke JDT pada musim depan.

Tegasnya, dia masih menghormati Selangor dan mahu berpisah dengan pasukannya dengan cara profesional.

Dia juga bersedia berbincang dengan pengurus Selangor, Amirudin Shari berhubung nilai tebus kontrak yang berjumlah RM720,000.

"belum ada2 appointment,. saya pun sibuk fokus untuk pasukan kebangsaan dan latihan.

"Kalau tanya saya... saya mahu ke Johor, itu jawapan saya."

Azrif pada awal tahun ini mencetuskan kontroversi apabila hampir menandatangani kontrak dengan JDT dan sanggup menebus kontrak sebanyak RM960,000.

Namun Selangor menolak hasrat pemain berkenaan sebelum Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menampilkan memohon maaf di atas insiden terbabit.

Amirudin sebelum ini menegaskan pada Nadi Arena tidak akan melepaskan Azrif pada pertengahan musim ini.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget