Pada perlawanan tersebut, Kedah seri 1-1 menentang Sabah dalam aksi timbal balik di Stadium Darul Aman, Alor Setar, namun mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-2.
Skuad Helang Merah sebelum ini, menang tipis 2-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada suku akhir pertama, 18 Mac lepas.
Pada aksi di Stadium Darul Aman, penyerang import dari Brazil, Carlos Eduardo meletakkan skuad Helang Merah di hadapan pada minit ke-22 setelah menyempurnakan sepakan penalti, sebelum Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi Ummareng Bacok yang menanduk masuk bola hantaran Dedi Kusnandar.
PKNS FC pula menang tipis 3-2 ke atas Sime Darby FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 7-2.
Skuad 'Semut Merah' sebelum ini melakar kemenangan selesa 4-0 pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 19 Mac lepas.
Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-11, Ahmad Shakir Md Ali (minit ke-17) dan Juan Manuel Cobelli pada minit ke-64, manakala dua gol pasukan Sime Darby FC menerusi Lee Gill Hoon pada minit ke-19 dan Frederic Pooda pada minit ke-79.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, juara dua kali Piala FA, Perak menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 2-0.
Jaringan tunggal Perak dihasilkan Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-42.
Kedah menanti pemenang perlawanan suku akhir kedua di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu.
PKNS FC pula akan berdepan Perak pada satu lagi aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik pada 15 dan 16 April (separuh akhir pertama), sebelum aksi timbal balik pada 29 dan 30 April.
Sumber : bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan