Jose Mourinho pernah dibedil oleh manager manager di BPL kerana beranggapan, tugas menjuarai Liga Inggeris tidak sesukar yang digambarkan kerana jurulatih di sana ramai tidak kisah tentang taktikal lebih kompleks.
Baru-baru ini calon pengurus Chelsea, Antonio Conte mengulangi kata-kata Mourinho dalam frasa berbeza, beliau melabel pengurus di BPL tidak kisah sangat tentang taktikal.
Patrice Evra dalam satu warwancara dengan majalah sukan di Italy menyatakan, pertarungan taktikal di Italy adalah yang paling tinggi. Ini kerana banyak pasukan tIdak memiliki marquee players seperti Barca, Bayern dan Real.
Oleh itu bila berada di pentas Eropah coach dari Serie A akan lebih banyak memikirkan soal taktikal berbanding pasukan top league yang lain.
Itu Eropah! Bagaimana di Malaysia? Adakah jurulatih-jurulatih di negara kita ada masa untuk mengkaji, meningkatkan dan memasukkan informasi baru setiap hari di dalam diri mereka?
Kajian taktikal bukanlah berlatih taktik sendiri tanpa mengkaji lebih terperinci taktikal lawan. Apa potensi kesebelasan utama lawan? Apa potensi purata umur pasukan lawan untuk mengambil kira kematangan dan tenaga dalam pasukan yang akan ditentang?
Di Eropah mereka ada unit 'tactical analyst' yang akan membantu mereka menyampaikan laporan siap dengan statistik.
Kekangan di Malaysia adalah statistik. Kita cuma ada statistik asas dengan peratusan pengusaan bola, offside, foul dan juga corner.
Bila Ong Kim Swee menyatakan kita kekurangan striker, bermakna beliau perlu bermain dengan taktikal. Mungkin agak sukar kerana kemampuan jurulatih kita memang terhad.
Sepanyol dengan tenang bermain false 9 dalam kejohanan sebenar Euro sambil menunggu Torres dan Villa cergas.
Tetapi kualiti jurulatih kita terlalu bergantung kepada teknikal. Jika pemain utama cedera, maka keputusan akan berkadar negatif.
Bolasepak bukan sekadar permainan 4-4-2 4-5-1 atau 4-3-3. Dalam beberapa analisis saya terhadap pasukan seperti Arsenal, mereka boleh beroperasi tanpa wing kanan dan overload taktikal ke kiri. Mereka memastikan penetration keras di sebelah kiri.
Dalam perlawanan Sunderland vs Newcastle baru-baru ini, saya melihat cara Sam Allardyce menyusun pemain ketika mereka mendapat sepakan sudut. Sam meletakkan 3 pemain header dalam satu titik yang sama di receiving area.
Sepakan sudut dan set piece akan menuju ke titik itu. Newcastle sukar menghalang kerana mereka seperti berdepan gabungan 3 pemain dalam 1.
Saya melihat ada potensi dalam cara kejurulatihan Tan Cheng Hoe, Irfan Bakti, Ahmad Yusof dan mungkin potensi pada Azman Adnan. Namun mereka ini masih tiada sokongan teknikal yang lebih lengkap seperti yang dimiliki Gomez di JDT.
Namun isu persekitaran liga kita yang tidak cukup kompetitif dalam isu taktikal. Saya berharap isu ini akan dipandang serius. Analisis sebelum perlawanan bukanlah sekadar duduk atas kerusi PIBG dan tonton tayangan video. Ia lebih kompleks.
Jurulatih seperti Unai Emery sanggup sehingga menyediakan shadow squad lawan menggunakan pemain senior dan akademi dalam latihan. Shadow squad adalah berdasarkan potensi jenis pemain yang akan digunakan lawan untuk dijadikan sparring team.
Contohnya, unit ketika bertahan di kiri JDT akan diarahkan berdepan dengan Nazrin dalam latihan kerana mereka akan berdepan fast winger seperti Christie Jayaseelan dalam perlawanan menentang Felda United. Jika Christie digantung atau cedera, mungkin Gomez mengarahkan pemain lain untuk latihan taktikal.
Artikel ini bukan untuk menunjuk pandai, sekadar satu pendapat dan pandangan. Dan artikel ini berkisar kepada apa yang kita sering dihadam hasil 'masakan' chef tempatan kita.
Artikel dipetik dari Axello Tacts
Tiada ulasan:
Catat Ulasan