Sabtu, 12 Disember 2015

Stadium perlu pengawan ketat : Presiden FAM


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pengawasan keselamatan di Stadium Shah Alam diperketatkan menjelang final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah, Sabtu ini.

Menurutnya tindakan berkenaan wajar dilakukan kerana tidak mahu berlaku perkara yang boleh menggugat kelancaran perlawanan dan keselamatan orang ramai.

"Saya harap tidak ada perkara yang boleh menjejaskan keselamatan penonton yang hadir pada final Piala Malaysia itu nanti, selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan," katanya.

Tengku Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Astro Arena di Damansara, dekat sini Khamis.

Kehangatan final Piala Malaysia antara naib juara Liga Super, Selangor dan juara Liga Perdana, Kedah semakin dirasai apabila 31,000 tiket bagi setiap pasukan habis dijual kurang dua jam selepas kaunter tiket dibuka pada pukul 10 pagi di kedua-dua negeri hari ini.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi final edisi 2008 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyaksikan Kedah muncul juara menerusi kemenangan tipis 3-2.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget