Terbaharu
Sabtu, 12 Disember 2015
"Red Giants sedia kekang Lang Merah"
Kapten dan tonggak pertahanan Selangor Sharom Kalam beri jaminan dia dan rakan sepasukan sudah bersedia menangani Kedah di pentas akhir.
Biarpun skuad Selangor kali ini tidak dibarisi pemain yang pernah ke final Piala Malaysia, Sharom optimis mereka mampu menangani tekanan pada hari perlawanan.
"Kami fokus terhadap perlawanan esok dan kami akan cuba mendapatkan piala untuk Selangor, tekanan itu sentiasa ada tetapi kami seperti satu keluarga dan faktor itu mampu bantu kami mengatasi segala tekanan yang mendatang," jelasnya.
Sementara itu, kapten dan pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari akui persiapan akhir pasukannya banyak tertumpu kepada bahagian pertahanan.
Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, hanya sekali Kedah tidak dibolosi namun Khairul memberi jaminan benteng Lang Merah bakal tampil ampuh pada Sabtu.
"Pasukan kami perlu fokus, kerana bola sepak adalah permainan satu pasukan jadi kami perlu pastikan pihak lawan tiada peluang meledak gol," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan