Diperkuatkan dengan sorakan ribuan penyokong yang hadir di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin, kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mara dengan keputusan agregat 6-2.
Pada aksi pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 19 Mac lalu, JDT membawa bekalan tipis hasil kemenangan 1-0 di laman lawan.
Begitupun, keraguan itu pantas dilupakan apabila skuad bimbingan Mario Gomez itu cemerlang selesa mendahului PDRM 4-0 berakhir babak pertama.
Gol pertama JDT dijaringkan seawal minit ke-15 perlawanan menerusi pemain import berbisa, Jorge Pereyra Diaz yang cemerlang meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-28.
Kapten pasukan, Safiq Rahim kemudian meletakkan tuan rumah selesa di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-40 sebelum Azinee Taib men jaringkan gol cantik pada minit ke-42.
PDRM cuba mencetus kebangkitan apabila pemain import, Andre Francisco Wiliams meledak gol empat minit selepas babak kedua bermula sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-63 menerusi Ahmad Nizam Rodzi.
Begitupun, JDT tidak cepat melatah apabila meledak gol kelima menerusi penyerang import, Juan Martin Lucero pada minit ke-66. Tiada jaringan tambahan berjaya dijaringkan sekali pun perlawanan bertambah panas sehingga wisel penamat ditiupkan.
Lawan JDT di separuh akhir adalah naib juara Piala Malaysia tahun lalu, Kedah.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan