Isnin, 11 April 2016

Olivi akui mulakan pergaduhan dengan Hafiz Kamal

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk merehatkan penyerang import, Mauro Olivi, yang dilaporkan bergaduh dengan rakan sepasukan, Mohd Hafiz Kamal, dalam bilik persalinan pemain.

Dikhabarkan insiden itu berlaku ketika kekalahan 1-3 di tangan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada Jumaat lepas.

Menurut laporan Bernama, pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari, akan merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin FAS mengenai kejadian itu dan sedang dalam proses mendapatkan laporan bertulis daripada setiap individu yang menyaksikan insiden tersebut.

"Justeru, saya meminta semua pihak bertenang dan memberikan ruang secukupnya untuk pengurusan mengambil tindakan susulan," kata Amirudin.

Beliau menjelaskan walaupun Olivi telah mengaku bertanggungjawab memulakan pergaduhan berkenaan, tindakan disiplin akan tetap diteruskan ke atas pemain berkenaan bagi mengekalkan keharmonian dalam skuad The Red Giants.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget