Isnin, 11 April 2016

Piala AFC : Ketiadaan Olivi tidak jejas The Reds Giants

Kapten Selangor, Shahrom Abdul Kalam menyifatkan ketiadaan Mauro Olivi bukan masalah besar buat skuad The Red Giants pada aksi Piala AFC berdepan Sheikh Jamal Dhc di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam esok.

Olivi direhatkan sementara daripada menyertai latihan dan perlawanan skuad itu oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas terbabit pergaduhan dengan Hafiz Kamal di dalam bilik persalinan selepas kekalahan 1-3 kepada FELDA United, Jumaat lalu.

Malah Shahrom menjelaskan pasukannya sudah menemui punca masalah prestasi yang membelenggu skuad itu selepas melakukan 'post mortem'.

"Memang selepas kalah dengan FELDA United semangat kami sedikit jatuh. Tetapi kami sudah buat post mortem dan mengenalpasti masalah yang ada.

Jadi ia mungkin permulaan baru untuk kami keluar dari masalah prestasi sebelum ini.

"Soal kes Olivi biarlah pengurusan yang buat keputusan, kami sebagai pemain perlu terus pandang ke depan terutama bertemu Sheikh Jamal esok.

"Apa yang lebih penting ketika ini adalah kami perlu bermain sebagai satu pasukan dan bukannya bergantung kepada individu.

Pasukan Selangor lebih penting dari individu dan kami perlu berjuang habis-habisan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan E dengan kelab Bangladesh terbabit pada 15 Mac lalu, skuad Zainal Abidin meraih kemenangan 4-3.

Selangor kini berada di kedudukan ketiga kumpulan selepas mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget