Junior mengalami kecederaan semasa menjalani sesi latihan di mana pemain kelahiran Sabah itu terlibat dalam satu pertembungan dengan pemain tengah, Gary Steven Robbat.
Kedua-dua pemain itu cuba mendapatkan bola ketika berada dalam situasi bola 50-50.
Menurut sumber ESPN, Junior berada dalam keadaan tidak sedar selama 30 minit dan didapati tulang hidungnya sudah patah sebelum dibawa ke hopsital dengan segera.
"Apalah nasib saya... Anda tidak tahu betapa kecewanya saya rasa pada masa ini.
"Bagaimanapun, ia bukan kecederaan yang serius, saya cuma mengalami gegaran otak sedikit dan hidung patah," kata Junior kepada ESPN.
Pengendali JDT, Mario Gomez mengesahkan Junior tidak dapat diturunkan pada aksi suku akhir kedua Piala FA menentang PDRM pada 2 April ini.
Apapun, Junior dijangka akan kembali berlatih seawal minggu hadapan. Skuad Harimau Selatan akan menyambut kunjungan PDRM di Stadium Larkin setelah memperoleh bekalan 1-0 daripada perlawanan suku akhir pertama.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan