Jumaat, 8 April 2016

Demi masa depan bola sepak Malaysia

"Saya jumpa TMJ demi masa depan bola sepak Malaysia," demikian kenyataan dibuat pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, bagi mengelakkan orang ramai daripada tersalah tafsir pertemuan itu.

"Ini menunjukkan satu kerjasama yang penting bukan untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Johor Darul Ta'zim (JDT), malah untuk kebaikan skuad kebangsaan. Saya harap kerjasama ini akan kekal sampai bila-bila," jelasnya.

Kim Swee jelas gembira dengan keprihatinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengambil berat perjalanan skuad kebangsaan bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku.

Sebelum ini, jurulatih JDT, Mario Gomez, melahirkan rasa kecewa dengan pasukan kebangsaan kerana setiap kali pemainnya pulang, prestasi mereka akan merosot atau pulang membawa kecederaan.

Melalui usahasama itu, Kim Swee tidak menolak kemungkinan skuad kebangsaan menjalani latihan di Johor pada masa akan datang.

"Ia satu kemungkinan besar kerana kami semua tahu JDT mempunyai kemudahan sukan yang terbaik di Malaysia. Saya tidak menolak kemungkinan besar bahawa kita akan berlatih di sana," tambahnya.

Kekalahan terbesar Kim Swee bersama skuad kebangsaan dalam 10 perlawanan ialah berdepan Palestin dalam kelayakan Piala Dunia pada November tahun lalu apabila tewas 0-6.

Dua kemenangan perlawanan kompetitif ialah berdepan Timor Leste, juga dalam kelayakan Piala Dunia, kelayakan Piala Asia berdepan Yaman manakala satu lagi kemenangan diraih dalam aksi persahabatan menentang Laos.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget