Khamis, 7 April 2016

Analisis MSL 2016 : Terengganu vs Felda United


PERTAHANAN TERUK TERENGGANU, IMPAK SKALA BESAR


SET UP


Terengganu bermula dengan formasi 4-2-1-3 dengan meletakkan Issey dan Mat Yo di wide area.

Analisis dipetik dari Axello Tacts

Felda pula bermula dengan 4-1-2-2-1 dengan mengaktifkan sistem no.6. Apa itu sistem no.6 ? Nanti saya akan perjelaskan.

TERENGGANU BERMULA BAIK


Terengganu bermula baik dalam game ini namun lack of killing instinct di cutting edge menyebabkan mereka gagal memanipulasi aksi gugup GK Felda United. Pertahanan Felda yang diketuai Shukor Adan melakukan 2 defensive blocks penting selepas kecelaruan aksi GK mereka. Terengganu menguasai perlawanan dengan banyak berada di middle third area.

Kecederaan Sharin Sapien membuatkan Mulvey memasukkan Joseph Kalang Tie. Pertukaran yang saya rasa akan memberikan masalah dari segi balancing and shielding kerana Nordin Alias dilihat sangat average dalam berdepan Ancaman Zar Rahan dan Turaev. Kemasukkan Kalang Tie menambahkan attacking minded di dalam pasukan.

GOL PERTAMA TERENGGANU DAN GOL PENYAMAAN FELDA


Gol pertama Terengganu adalah hasil daripada kebijaksanaan Mat Yo yang mencipta peluang. Gustavo gagal reacting dengan baik kepada bola yang dihantar Mat Yo. Joseph Kalang Tie di kawasan yang tidak dikawal dan melepaskan shot. Sedikit defection dan gol.

Felda terus membalas gol tersebut melalui aksi menarik Forkey Doe

Analisis Gol Pertama Felda


Dalam keadaan tidak compose, pertahanan Terengganu seakan-akan tiada komander. Bikana dan Hasmizan sepatutnya, seorang daripada mereka terjerit-jerit, dan sangat vokal selagi-lagi berada di padang. Terdapat gerakan kucar kacir pemain Terengganu ke dalam defensive box namun, tiada seorang pun ada inisiatif memberikan arah posisional dan membiarkan sahaja rakan-rakan headless.

Shabinie adalah GK di Malaysia yang tidak boleh melakukan error (no margin for error) seperti mana GK di sudut bertentangan, kerana sejak musim lalu lagi, Sharbinie adalah harapan besar di belakang. Jika dia buat silap, backline Terengganu kerap gagal membalas jasa beliau dalam menutup kesilapan orang lain. Namun, sehebat mana pun dia, dia adalah manusia biasa, beliau melakukan satu aksi yang agak mengejutkan, keluar dari line untuk menghentikan Forkey Doe di sudut sukar sedangkan ada 2 pemain di sana.

Hilang fokus di sebelah kanan oleh Dhiayullrahman dan tiada command antara defenders membolehkan Christie menyerbu masuk. Terengganu memiliki unit yang lebih ramai tetapi gagal memenangi pertarungan.

PENGAKTIFAN SISTEM NO.6 MIDFIELDER


Jika anda mencari coach tempatan yang mempunyai idea yang sentiasa internasional, Irfan Baktilah orangnya. Sistem no.6 adalah sistem yang mirip John Obi Mikel di Chelsea dan Fellaini ketika di Everton. No.6 diertikan sebagai CB dalam sistem 4-4-2 klasik, namun dalam terma bolasepak moden, sistem ini merujuk kepada 3rd CB. Ingat lagi el classico Barca vs Real, posisi Casemiro? Itulah no.6. No.6 boleh jadi mereka adalah half/quarter back (untuk pemain distributor seperti Gerrard, Pirlo, Alonso) atau DMF yang menjadi CB yang bermain di DMF area.




Syahid Zaidon, no.6 yang dari awal hingga akhir menutup zon 14 daripada Gustavo dan juga ketika skim taktik Terenggau berubah kepada false 9 menggunakan Ismail Faruqi. Bagaimana sistem Zidane yang melindungi zon 14 daripada false 9 Messi dan AMF seperti Iniesta, begitulah yang berlaku tempoh hari. Jangan naif nak kata yang saya berfantasi lebih, kerana apa yang cuba saya jelaskan adalah keberkesanan sistem ini bila ada pemain yang berdisiplin dengan arahan taktikal.


Mulvey cuba sedaya upaya memecahkan zon 14 dan sehinggakan terpaksa mengeluarkan Amirul yang hilang punca. Ini kerana sistem mereka sudah dikesan dan beralih kepada sistem false 9

PERTARUNGAN PACE


Salah satu perkara yang menjadi kekuatan Felda adalah pace dan speed. Dengan Terengganu yang ada masalah pace di backline, 2 gol Felda adalah kerana pace yang mereka miliki. Gol Zar Rahan dan Forkey Doe adalah kerana pace play yang berkesan.


Untuk Terengganu pula, pace players mereka ada di pivot, dan selebihnya agak tidak kompeten dalam bertarung pace. Ketiadaan pemain laju seperti Zubir dan Fakhrurazi Musa dalam teamsheet amat menyukarkan Terengganu. Dan jika mereka ada sekalipun masih belum cukup. Kerapkali counter attack mereka dimatikan kerana pace yang membolehkan Felda meneutralkannya segera.

Zonal Marking Terengganu


Mulvey cuba menerapkan falsafah lebih kompleks dalam pertahanan. Zonal marking Terengganu adalah berorientasikan ruang dengan cuba menanam keberanian kepada pemain untuk berani bermain di high line. Masalah besar adalah kegagalan pemain bermain dalam suasana ini dan seperti kata rakan saya di semuanyabola.com, Sharbinie harus lebih berani menjadi sweeper-GK dalam sistem ini dan Bikana harus menjadi kualiti import sebenar.


Terdapat loophole (lubuk) pada ruang Bikana dan Hasmizan. 2 gol Felda daripada loophole tengah dan berberapa kali Zar Rahan dan Turaev mencuba menggunakan loophole itu untuk mendapatkan gol.

Seterusnya, Dhiayulrahman perlu perbaiki fokus dalam space zonal marking. Beliau kerap hilang konsentrasi dan melepaskan Christie walaupun bukan dari blind spot. Untuk Yong Kuong Yong, ia agak unlucky untuk melepaskan own goal sebegitu dan sukar nak menyalahkan beliau untuk own goal, ia mungkin kerana spin dan power pada bola yang forcing bola ke arah gol. Namun Yong tetap tidak berada dalam aksi terbaik terutama ketika mematikan counter attack.




KETAJAMAN FELDA


Jika Terengganu bermasalah dengan akses ke zon 14, Felda pula lebih muda. Awareness yang lemah oleh Nordin Alias dan JKT dalam mengekang inspirasi Zar Rahan dan Turaev mededahkan back 4 Terenggau kepada ancaman. Sistem yang lebih direct di depan gol dan lebih incisive.


Statistik shots on goals kedua-dua pasukan di bawah 15 namun Terengganu cuma ada 3 on target sahaja dan Felda dengan 7. Terlalu jauh beza kualiti kedua-dua pasukan malam tersebut. Bila Felda menyerang, saya merasakan ia ancaman, bila Terengganu menyerang , saya merasakan persoalan. Seakan-akan Terengganu dikeluarkan daripada game ini dengan total.

DISIPLIN FELDA


Saya sentuh disiplin taktikal dan bukan menyokong berberapa agresive fouls. Felda secara taktikal bertahan dengan organisasi dan ada komander. Mereka cepat closing down dan mematikan ancaman. Ketika menyerang, mereka lebih segera untuk menyudahkan peluang. Bertahan dengan 4-1-4-1 dan menyerang dengan center attack yang spreading ke wide area. Mereka berterusan cuba mencipta peluang dengan Forkey Doe bermain seperti modern no.9 , ke kanan dan ke kiri.


Turaev berada dalam top form di zon 14 dan menjadi pemain yang dominan di tengah. Dalam berberapa bulan yang lepas saya melihat Felda sebagai team yang bergantung sangat build up melalui wing ketika serangan namun teryata Irfan ada varian yang lebih baik musim ini dengan depth yang kuat di bangku simpanan.

Isu Kreativiti Terengganu.


Isu Ini dari awal lagi wujud dan diburukkan lagi dengan kcederaan Gustavo. Dalam game ini jelas mereka frustrated dan banyak melakukan long pass untuk fast break kerana buntu dengan lack of teamplay abilities. Gagal menyempurnakan clear cut chances dan isu pace yang agak low.

Mereka juga gagal mendapatkan yang terbaik daripada Issey yang jelas di'isolated' oleh FELDA. Terengganu terlalu terhad option dalam build up dengan centralizing di area Issey. Berbanding Felda yang lebih unpredictable. Sistem target man Terengganu tiada pelan supplying berterusan.

Isu Pengadilan


Saya bukanlah suka sangat nak menyentuh isu pengadilan namun ada berberapa keputusan pengadil agak mengecewakan. Isu stud up challenge / tackle, isu menyiku adalah disgrace di dalam bolasepak tidak kisah ianya dilakukan players Felda atau Terengganu. Seterusnya ada berberapa offside call yang salah walaupun ia bukan terlalu tight call.



RUMUSAN PASUKAN


Terengganu -- 6.0
-- Zonal Marking
-- Attack dari kanan
-- Kurang Agresif

Felda -- 7.0
-- Sangat Agresif
-- Tight Man Marking
-- Attack melalui tengah.

MOTM : Forkey Doe

Kesimpulannya, Terengganu ada masalah technical error untuk adapt kepada tatikal lebih suppotive ke atas, lebih compact dengan high line. Loophole Hasmizan dan Bikana harus dihentikan segera dan pemain Terengganu harus kembali ke pusat latihan dan masuk ke gym serta latihan agility serta pace. Sebelum ini isu pace tidak ketara kerana taktikal lebih selamat dengan medium line dan gap wide. Ia memang eksperimen. Mulvey patut melakukannya, ia bukan soal pasukan mana, tempat melakukan eksperimen taktikal tetapi ia soal masa itu sekarang dan peminat Terengganu harus realisitik, Mulvey masih baru dan sedang mencari pasukan utama dan taktikal utama. Pasukan Terengganu ada masalah membentuk team daripada musim-musim lalu walaupun ada kualiti teknikal.

Untuk Felda, saya tidak terkejut dengan kemenangan mereka tetapi saya terkejut dengan ketajaman mereka menghukum Terengganu. Irfan memiliki plan taktikal yang baik dengan mengarahkan pemain mematikan ancaman seawal mungkin. Pemain Felda tidak perlu terlalu agresif kerana secara taktikal pasukan ini antara yang terbaik tetapi kerap menerima publisiti negatif.

Sumber : axello tacts

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget