Enggan mendedahkan pasukan dari negeri mana, Aliff menegaskan ia bukan gimik untuk mendapatkan publisiti namun apa yang boleh dikatakan, akan ada negeri yang bakal menerima tajaan D’Herbs.
Katanya, beliau mengambil masa lama sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia bukan membabitkan puluhan ribuan ringgit tetapi puluhan juta.
“Saya pasti akan taja. Tapi pasukan mana biarlah dulu sehingga semuanya selesai.
“Untuk membuat keputusan berhubung tajaan ini bukan senang. Kami perlu meneliti pelbagai aspek agar mendapat pulangan setimpal dengan apa yang dilaburkan dan kini rundingan itu sudah sampai ke tahap terakhir,” katanya.
Tegasnya, pembabitannya dalam menaja bola sepak negara bukan bertujuan bersaing dengan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida yang menjadi penaja utama Kelantan.
Katanya, pembabitannya dalam dunia sukan adalah didorong dengan semangat kesukanan selain ingin memartabatkan bola sepak negara.
“Saya dikecam banyak pihak sebelum ini kerana dikatakan cuba mencari publisiti murahan. Tapi saya memang serius untuk menaja pasukan bola sepak ini.
“Tapi perkara ini bukan kecil jadi saya tidak mahu mendatangkan masalah kemudian hari nanti. Semuanya perlu diperhalusi secara terperinci agar wang dilaburkan itu dilaburkan kepada pihak yang betul dan digunakan secara betul,” katanya.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dikatakan sudah mengadakan perbincangan terakhir berkaitan penajaan skuad Helang Merah bersama D’Herbs.
Bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang perjanjian ditandatangani.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan