Majlis lebih satu jam di wad kanak-kanak itu disertai 25 orang pemain dan enam pegawai.
Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman berkata lawatan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial mereka.
"Sekarang adalah waktu rehat agak panjang. Kami tidak mempunyai perlawanan dalam tempoh beberapa minggu ini. Jadi inilah masa yang sesuai untuk kami mengadakan aktiviti seperti ini. Hari ini kami memberi sumbangan 60 hamper kepada pesakit di sini," katanya.
Kapten pasukan Ahmad Nordin Alias berkata program sedemikian harus diteruskan setiap tahun bagi membolehkan pemain Terengganu mendekati peminat mereka.
"Kita boleh lihat kanak-kanak begitu teruja apabila bintang bola sepak mereka datang melawat mereka dan ini harus diteruskan di masa hadapan," katanya.
Bapa kepada seorang kanak-kanak itu, Mohamed Sulaiman berkata kunjungan pemain skuad Terengganu amat mengembirakan anaknya Ahmad Ilmam, 11, yang mengidap penyakit jantung berlubang dan kegagalan injap.
"Anak saya memang minat sangat dengan Issey Nakajima (pemain kelahiran Kanada). Bila Issey datang bersalam dengan anak saya, dia sangat teruja," katanya.
Sumber : bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan