Khamis, 3 Mac 2016

Piala FA : Kelantan mahu bangkit di Darul Aman

Kelantan mahu melupakan kekalahan Selasa lalu dan fokus saingan Piala FA.

“Kami mahu pastikan kemenangan ke atas Kedah malam esok," kata ketua jurulatih Kelantan, K Devan.

Bagi Devan, skuad itu perlu segera bangkit daripada kekecewaan tewas 1-2 kepada Helang Merah dalam aksi Liga Super sebelum ini dan tidak lagi pulang hampa pada pertemuan kalah mati di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.

"Pertemuan malam esok berbeza kerana siapa kalah mereka tersingkir. Kami perlu turun dengan strategi baru bagi memastikan mara ke peringkat seterusnya.

"Saya telah mengkaji corak permainan Kedah dan kemungkinan besar saya akan menurunkan kesemua pemain import malam esok," katanya hari ini.

Devan berkata antara punca kekalahan Kelantan kepada Kedah Selasa lalu disebabkan anak buahnya terlalu selesa bertahan selepas mendahului babak pertama.

"Kami tidak lagi boleh turun dengan corak permainan sama. Pemain perlu agresif mengasak benteng lawan jika mahu kekal dalam saingan Piala FA musim ini.

"Saya sudah beri peringatan supaya pemain lupakan kekalahan Selasa lalu. Saya tidak mahu kekalahan itu terbawa-bawa dalam perlawanan malam esok. Mereka harus mencipta kejutan di gelanggang lawan," katanya.

Beliau berkata jentera pertahanan Kelantan perlu memberi tumpuan terhadap dua penyerang import Kedah, Liridon Krasniqi dan Carlos Kahe bagi menutup peluang tuan rumah menghasilkan gol.

"Sebelum ini pemain dapat mengawal Carlos, tetapi kami gagal menutup ruang menyekat Liridon, sekali gus memberinya ruang mencipta peluang kepada Kedah mengutip tiga mata.

"Saya mahu semua pemain mengambil peluang menebus kekalahan dua hari lalu. Saya cabar mereka membuktikan Kelantan masih berkualiti," katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget