Khamis, 3 Mac 2016

K Devan, jurulatih paling tertekan?


Apa akan jadi bila anda jadi jurulatih dan presiden serta advisor (DSV) di sebelah anda dan membuat kenyataan media melibatkan taktikal dan teknikal pasukan? Ia amat janggal kerana anda akan membaca setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh orang bukan teknikal yang menjadi juri setiap kali selepas perlawanan.

Di persepektif penyokong pula K. Devan masih bukan 'winner' biarpun 40% di hati penyokong Kelantan yang ramai mahukan Bojan Hodak. Namun harus diingat, pasukan ini pada awalnya mahukan Sundramoorthy namun ditolak mentah-mentah kerana tawaran gaji yang tidak menepati expectation dan deal collapsed.

Sundramoorthy adalah antara calon terbaik dalam satu artikel saya dengan mengambil kira kemampuan beliau membangunkan pemain muda dan menanam winning mentality. Hasilnya pernah dilihat di Lions XII.

Dengan ramai pemain keluar kerana isu lebih non football iaitu isu gaji dan Kelantang diberikan boost dengan tajaan besar-besaran oleh DSV. Pada masa ini, Kelantan sudah memberikan kontrak kepada K. Devan untuk mengendalikan skuad ini.

Filosofi‬ K Devan dan Persekitaran Di Kelantan.


Cabaran terbesar K Devan adalah prinsip dan falsafah beliau yang agak direct football dalam menguruskan pasukan yg ramai talents modern football dengan expectatiom yang tinggi team ini akan bermain modern football. Namun secara keseluruhan saya masih rasakan di pertahanan dan tengah mereka masih ramai pemain old school style.

Jadi adakah ia satu masalah bermain direct football?


Tidak! Kerana ekosistem liga kita sentiasa mahukan target man Eropah, Latin mahupun Afrika menjadi spear head. Zainal Abidin melakukan satu transisi baik di Selangor kerana beliau lebih bebas menguruskan pasukan beliau dari segi taktikal dan pengurus pasukan mahupun individu selain Zainal tidak akan menyentuh atau memberikan kenyataan dengan pin point. taktik ini terlalu defensive, perlu lebih menyerang.

Ia agak 'mengarut' bila anda dengan akaun personal membicarakan soal penyakit di padang melebihi 'coach'. Anda boleh komen tentang keputusan yang tidak memberangsangkan namun bukan mengkritik pasukan ini tidak cukup tiki taka atau sebagainya. Walaupun Devan bukanlah Mario Gomez namun beliau jauh lebih tahu daripada pihak pihak tersebut.
 
Jadi, kita back to basic, adakah KAFA ada mekanisme assesment dengan menilai, siapakah jurulatih paling berhak untuk mengemudi Kelantan untuk memperbaiki attacking football dan memberikan peluang kepada modern footballer type.

Satu rajah ringkas mengambil kira:
1. Stok teknikal (pemain) yg ada mengambil kira sama ada mereka gemarkan taktikal mana satu
2. Kenali key player yg berpotensi menjadi rujukan urama taktikal
3. Peringkat pemain , sama da perlukan seoramg coach yg boleh membangunkan pemain atau coach yg cuma perlu, sit there and try to win.
 
Mereka memilih individu bernama Devan dalam suasana yang seperti tanpa assesment dan analisis kebarangkalian. Ia seperti melantik Doktor sakit Puan untuk handle department Cardiology. Sebab itu saya akan rasa agak tidak betul untuk terus mengkritik Devan publicly kerana anda yang pilih beliau.

Berbeza dengan fans, sudah lumrah untuk fans lebih terbuka dan bersuara di media sosial kerana pendapat fans adalah bukan formal. KAFA harus stand firm behind who they had choose dan kritikan fans memang akan tetap ada jika keputusan tidak betul. Jika rasa Devan ini bukan pilihan tepat , act quick. Ia adalah membazir tapi nak buat macamana jika anda sendiri tidak percaya dengan apa yang anda pilih.

CATASTRROPHIC‬ KEHILANGAN ZAHASMI.


Salah satu mistake Kelantan seperti Terengganu adalah mereka tidak mengembalikan individu ini kembali ke kerusi mereka. Terengganu terus teruja melantik dan kemudian dapatkan Mulvey. Kelantan pula dengan mudah merelakan coach Zahasmi pergi.

Saya bukan kata individu seperti ini akan memberikan Treble jika dikekalkan namun Zahasmi akan menjadi individu yang akan membantu Devan dalam mengenali sisi putih dan gelap dalam backroom. Beliau adalah orang Kelantan yang boleh membantu Devan dalam mempengaruhi mentaliti pemain. Musim lalu nama inilah yg menaikkan semangat pemain Kelantan. Ini adalah bukti Zahasmi adalah good assistant yg ada kemampuan influencing players minded.


Devan kini cuma ada fans dan pemain sahaja untuk menjadi kekuatan beliau. As a fans, fans Kelantan nak tak nak harus support Devan dan terus mengkritik secara konstruktif ke atas sesuatu yang dirasakan perlu. Sebab, jawatan di Kota Bharu adalah jawatan yang sangat berat dan tidak ramai coach yang berkapasiti dan berkapabiliti ingin menjawatnya dengan enviroment yang ada.

Dari segi selection pemain, saya rasa Devan ada masa terhad melakukannya kerana, pedang yang ada sekarang adalah yang dibeli oleh KFA untuk beliau. Adakah Kelantan akan melantik semula Bojan Hodak selepas ini? Ia adalah keputusan KAFA dan saya masih berharap Devan dapat melakukan sesuatu.

KAFA dan Kelantan harus back to basic, mereka telah memilih option yg 'murah' kerana kedudukan kewangan mereka pada ketika itu dan ia memang sukar nak mengharapkan output lebih 'kompleks'. Sekarang ni duit dah ada, adakah mereka perlu gentle dengan Devan tentang expectation mereka ke atas Devan demi kebaikan bersama? Dan adakah mereka sudah ada calon lebih baik ? Tapi ia agak terlalu drastik buat masa ini.

Ini pendapat peribadi saya, dan anda boleh utarakan pendapat yang kritikal dan membina.

Pendapat ini dipetik dari Axello Tacts

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget