Khamis, 3 Mac 2016

Permulaan buruk beri kelebihan lawan

Jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi menegaskan kegagalan menutup ruang di bahagian pertahanan menjadi faktor mereka tewas 1-2 kepada Terengganu malam kelmarin.

Katanya, pada masa sama, anak buahnya memulakan permainan dengan buruk sekali gus memberi kelebihan kepada lawan untuk menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

“Namun, kebangkitan dilakukan pada babak kedua belum cukup untuk memastikan kemenangan pertama seperti diidamkan sekali gus memberi kesan buruk kepada prestasi pasukan ketika ini.

“Apa yang dirancang pada sesi latihan serba tidak menjadi dan apabila mereka bangkit melawan serta berusaha merobek gawang lawan, ia sudah terlambat untuk menyekat Terengganu daripada mengutip tiga mata,” katanya.

Mengulas nasihat Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Shaharuddin mengharapkan pesanan pemimpin utama itu menjadi motivasi terbaik skuad Pahang bagi mengharungi cabaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Justeru, beliau berkata anak buahnya akan bangkit mempamerkan prestasi lebih baik dan keputusan membanggakan selepas mengharungi lima perlawanan, termasuk empat aksi Liga Super setakat ini.

“Banyak perkara yang dikongsi bersama hasil pertemuan itu dan saya percaya Pahang akan berusaha memberikan tentangan kepada lawan,” katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget