Selasa, 8 Mac 2016

Piala FA : Kami boleh tewaskan JDT sekali lagi

"Kami boleh tewaskan JDT sekali lagi" itu reaksi jurulatih Polis DiRaja Malaysia (PDRM)  Fauzi Pilus selepas The Cops diundi menentang juara Piala AFC 2015 Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi suku akhir Piala FA.

PDRM buat kejutan apabila menyingkirkan juara Piala Malaysia 2015 Selangor pada pusingan ketiga kejohanan.

Begitupun, tuah tidak memihak The Cops untuk undian suku akhir apabila bertemu satu lagi pasukan pilihan, JDT

Fauzi akui berdepan tugas sukar dalam aksi seterusnya itu, namun tetap optimis terhadap kemampuan anak buahnya.

Ini berdasarkan PDRM pernah menewaskan JDT 1-0 dalam aksi Liga Super di laman sendiri musim lalu.

"Ia tidak mustahil asalkan pemain komited beri aksi yang terbaik, seperti yang kita lihat pemain saya tidak kurang hebatnya apa pun reputasi jdt itu memang tidak dinafikan," katanya.

Apa pun, PDRM dan JDT akan berentap tiga kali dalam tempoh kurang daripada tiga minggu dengan kehangatan pertembungan kedua-dua pasukan bermula dalam aksi Liga Super, Ahad ini.

"Pihak jurulatih sedang mengadakan beberapa perancangan untuk menghadapi JDT, saya jangka JDT pun tidak akan berdiam diri untuk berdepan kami," ujarnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget