Ahad, 6 Mac 2016

Piala FA : Felda United berputih mata

PKNS berjaya menafikan reputasi FELDA United sebagai skuad pilihan ke suku akhir Piala FA selepas menang 3 -2 di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Namun, The Fighters lebih awal meledak jaringan menerusi Francis Forkey Doe m -14 yang bijak menewaskan penjaga gol G Geevenathan.

Semut Merah seharusnya mampu menyamakan kedudukan pada m- 33 namun percubaan Cobelli sedikit melepasi palang gol.

Malah, Cobelli harus menyalahkan diri sendiri selepas dia yang hanya berdepan penjaga gol Mohd Suffian Abd Rahman gagal menolak masuk bola ke dalam jaring pada m-35.

Tiga gol pada separuh masa kedua menerusi Gabriel Guerra m-49 , Matias Nicholas m-65 dan Mohd Nazrin m -69 sudah cukup untuk PKNS menutup peluang FELDA mara ke suku akhir. Malah gol Mohamad Hadin m-76 sekadar merapatkan jurang buat FELDA ketika pertahanan tuan rumah kental bertahan.

Di Kangar, Kuala Lumpur meneruskan langkah bergaya ke suku akhir apabila menewaskan Perlis 2-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, malam tadi.

Bermain di hadapan hampir 6,800 penonton tidak langsung menggentarkan skuad kendalian Ismail Zakaria yang menyaksikan jaringan Fahrul Razi Kamaruddin m-19 dan Muhamad Hafiz Mohd Johar m-24 sudah cukup menamatkan cabaran anak-anak buah Dollah Salleh yang kecundang di gelanggang sendiri.

Sementara itu, Perak melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Kuantan FA 1-0.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget