Sabtu, 5 Mac 2016

Terlajak Laris taja Kedah kerana kehebatan pengaruh Ahmad Bashah

Pengarah Urusan D'Herbs Holding menjelaskan pihaknya memilih untuk menaja pasukan Kedah selepas melihat pengaruh menteri besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Pada saya semangat bola sepak Kedah sangat hebat. Pengaruh Datuk Seri Ahmad Bashah pun hebat juga," kata Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Selasa lalu, pengasas produk kosmetik dan kesihatan yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu tiba-tiba muncul di Stadium Darul Aman bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kedah dan Kelantan.

Kemunculan itu dibuat selepas syarikat berkenaan dilaporkan menarik balik cadangannya menaja pasukan Helang Merah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Kehadiran beliau pada perlawanan itu sekali gus mengesahkan tajaan kepada Kedah menjadi kenyataan dan beliau mengakui proses rundingannya dengan Kedah sudah 99.99 peratus dipersetujui.

Ditanya mengenai nilai tajaan, Aliff bagaimanapun belum bersedia berkongsi perkara itu berikutan perbincangannya dengan Kedah masih belum selesai sepenuhnya.

"Memang perbincangan dengan Kedah sudah 99 peratus berjalan, tetapi belum dapat persetujuan sepenuhnya daripada pasukan itu.

"Jumlah tajaan itu pun masih dalam perbincangan dan melibatkan jumlah besar. Saya tidak mahu hanya menaja dalam tempoh setahun saja, (sebaliknya) sekurang-kurang tiga tahun," katanya.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget