Rabu, 30 Mac 2016

Berhasrat kekal bersama Harimau Selatan hingga bersara

Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari Brazil, Marcos Antonio bersetuju untuk menyambung kontrak bersama juara bertahan Liga Super itu.

Menurut entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers hari ini, memaklumkan pemain tinggi lampai berusia 32 tahun itu berminat untuk terus beraksi bersama skuad Harimau Selatan sehingga beliau bersara.

Bagaimanapun, tempoh lanjutan kontrak tidak dinyatakan oleh pengurusan kelab berkenaan.

"Beliau mengambil keputusan tersebut berdasarkan kepada projek JDT dan pelbagai pencapaian yang dikecapi oleh JDT dalam masa yang singkat," demikian menurut entri berkenaan.

Marcos yang menyertai JDT pada 2014 telah membantu skuad Harimau Selatan meraih pelbagai kejuaraan, antaranya Piala Liga Super pada 2014 dan 2015, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia 2015 dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, awal tahun ini.

Sebelum beraksi bersama JDT, Marcos pernah mewakili beberapa kelab di benua Eropah seperti kelab Perancis, Auxerre dari 2007-2009 dan kelab Jerman, FC Nuremberg dari 2012-2014.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget