Tengku Mahkota Pahang itu dikhabarkan menjadi calon pilihan untuk menjadi Presiden baharu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya presiden, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dilantik sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Shaikh Salman berminat memegang jawatan itu selepas FIFA menggantung Presidennya, Sepp Blatter serta Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini yang didakwa terlibat rasuah bernilai £1.35 juta (RM8.19 juta), namun mereka tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 2011.
Menurut satu sumber, Tengku Abdullah bukanlah melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM semata-mata kecewa dengan prestasi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa dan juga tidak bermakna baginda tidak mempedulikan lagi sukan yang dicintainya tersebut.
“Saya difahamkan Tengku Abdullah yang berhasrat berbuat demikian (melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM) bukan kerana baginda sudah tawar hati dengan bola sepak Malaysia.
“Mungkin rasa kecewa itu ada tetapi Tengku Abdullah bukan seorang individu yang cepat berputus asa, sebaliknya baginda dikatakan merupakan calon pilihan untuk menjadi Presiden baharu AFC sekiranya Shaikh Salman dilantik sebagai Presiden baharu FIFA,” katanya semalam.
Sumber : kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan