Rabu, 17 Februari 2016

Sepanduk "Hidup Mukhriz" ketika perlawanan berlangsung

Ketika perlawanan Liga Super antara Kedah dan Terengganu di Stadium Darul Aman malam tadi sebahagian peminat mungkin merindui kelibat bekas menteri besar mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Justeru mereka menaikkan sepanduk "Hidup Mukhriz" ketika perlawanan berlangsung.

Imej itu dimuat naik di akaun Facebook Mukhriz Mahathir FC sejurus perlawanan tamat.

"Banner Hidup Mukhriz tiba-tiba muncul di Stadium Darul Aman," tulis status facebook tersebut.

Pada perlawanan itu, Kedah berjaya menumpaskan Terengganu dengan jaring tipis 1-0.

Sementara itu, Mukhriz yang juga bekas presiden persatuan bola sepak Kedah turut mengikut perlawanan tersebut dari jauh.

"Menonton perlawanan Kedah dari hospital, pulun Kedah pulun," katanya yang turut memuat naik gambar di Instagram ketika menemani anaknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu disifatkan berjaya mengembalikan momentum pasukan Kedah selepas mereka muncul juara Liga Perdana musim lalu.

Selain itu, skuad Helang Merah turut mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 namun hajat mereka melakar sejarah besar sekali lagi terhalang oleh Selangor.

Akhir-akhir ini nampaknya stadium semakin menjadi pentas piihan sesetengah kumpulan menyatakan pandangan politik mereka.

Sebelum ini di Stadium Shah Alamsepanduk bertulis "Undur Najib" turut dikesan dibawa kumpulan tidak dikenali.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget