Khamis, 11 Februari 2016

Previu MSL 2016 : Perak FA

Pasukan ini diramalkan oleh pakar Astro Arena akan bersaing dengan penyingkiran. Bolasepak kadang-kadang ada DNA yang sukar difahami. Seorang peyokong campur Perak-Selangor kerana pengaruh darah ayah dan ibu.

Sumber dipetik dari Axella Tacts

Dia berkata, "Perak musim ni (2015) antara Perak yang paling teruk pernah saya lihat dengan ketiadaan striker penggempur konsisten pun masih tak tersingkir. "

Perak ada satu kelebihan yang membuatkan mereka lawan yang sukar dan 'unpredictable'. Mereka boleh kalah dengan mana-mana pasukan divisyen 2 atau tercorot dalam liga hari ini namun petang esok mereka boleh menang ke atas pasukan seperti JDT.

Mentaliti mereka jika berada pada tahap yang betul, pasukan ini akan sangat berbahaya. Cuma kadang-kadang 'lack of experiences' dalam mengendalikan perlawan yang mencabar mental atau kehilangan pemain utama. Saya berharap pengalaman musim lalu oleh majoriti pemain yang ada akan menjadikan mereka lebih mentally warrior.

Analisis Box To Box


GK Department


Zamir Selamat adalah antara GK yang on form musim lepas dan membuktikan beliau ada kualiti tersendiri. Jadi saya merasakan mereka memiliki set GK yang baik dan boleh harap.

Pertahanan.


Ini adalah sesuatu yang perlu digariskan jurulatih mereka dengan lebih baik. Mereka memiliki set pertahanan yang baik secara individu namun isu pengurusan ofensive minded harus diambil kira.

Shamsul Saad harus tahu, Perak musim lepas kerap gagal memberikan output lebih baik secara unit. Itu yang berlaku musim lepas. Thiago Junior, Hisyammudin, Arif Ismail misalnya.

Kemudian dengan kualiti Nazirul Naim, ia sudah pasti bukan masalah besar secara teknikal cuma pemain perlu diberikan satu sistem yg sesuai dan support di DMF yang bagus. Namun saya masih akui pasukan ini masih banyak kerja yang harus ditumpukan dalam aspek ini.

Midfielder.


Bahagian tengah dijangka akan menjadi bahagian penting sekali lagi. Perak musim lepas sangat bergantung kepada bahagian tengah yang boleh dikatakan agak produktif dengan goalscoring flanker seperti Nurridzuan. Dengan kematangan yang lebih naik selepas exposure musim lepas, saya amat menantikan apa yang pemain tengah Perak boleh lakukan.

Build up pasukan Perak akan berpusat pada pemain pemain attacking minded di bahagian tengah seperti Nurridzuan, Nurhakim Isa, Hafiz Ramdan dengan dibantu offensive fullback dan juga kualiti deep lying playmaker Nasir serta tak lupa prospek Muhammad Firdaus.

Cuma kali ini mereka agak mengalami setback dalam mencari proven import talent yg boleh menambahkan squad  depth and strength di tengah. Mentaliti pemain tengah Perak akan menjadi intipati penting dalam kem Perak musim ini.

Adakah mereka sudah ada mentaliti yang betul dalam membantu menaikkan keyakinan diri untuk memacu pasukan ini setiap minggu ?

Striker


Tak banyak mampu saya ulas kerana mereka berubah secara total di attacking spear. Dalam Liga M, penyerang import baru sentiasa satu gamble dan berharap mendapat rentak dengan cepat.

Ellias dilihat akan menjadi sebagai penggempur utama pasukan Perak. Dengan depth yang terlalu 'nipis' di attacking, Perak masih ada masa untuk mencari solusi kepada isu ini.

###

Cabaran besar pasukan ini adalah menambah squad depth dengan pemain import. Diharap musim ini mereka akan dapat memperbaiki isu ini dengan berbaki seminggu lebih sahaja lagi.

Pasukan yang memiliki kualiti pemain tempatan muda dan juga peak player yang baik ini akan bedepan cabaran besar musim ini. Perak sepatutnya melakukan earlier business dalam isu team build up.

Dari segi taktikal, masalah mereka musim lepas adalah bermain secara unit besar dan link up play. Setiap department ada kemampuan beraksi baik namun secara link up play ia amat tak konsisten. Decision making di final third adalah antara perkara yg kerap saya utarakan.

Adakah kem pra musim mereka sudah menggariskan isu ini?

This team is full of energy. Jika diuruskan dengan baik, Perak masih lagi pasukan yg akan menghadirkan surprise package dan tak mustahil mereka akan melepasi expetasi dengan berada di top 5.

Musim lalu mereka berada di top 3 pada separuh musim namun kegagalan handling pressure yg semakin tunggi dengan masalah kecederaan menyebabkan mereka menurun mendadak. Selain daripada isu gagal menyelesaikan recognized tactic sampai ke hujung musim.

Siapa akan sangka mereka menamatkan separuh musim lepas di high note? Jadi kenapa tidak musim ini? dan cuba kekalkan konsistensi. Tak mudah menguruskan pemain muda yang penuh dengan permainan emosi dan mentaliti di dalam padang.

Selamat maju jaya The Young Gaurus! Your biggest challenge is inside you . It is Yourself! Pada fans dan players, just play your role. Mereka yg meramal tu pun cuma melakukan tugas dia. Tugas anda buktikan mereka salah! Itulah bolasepak.

Tidak ada pemenang sebelum wisel penamat. Dan tak ada  juara sebelum musim berakhir atau perlawanan akhir.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget