Khamis, 11 Februari 2016

T-Team akan dikenali sebagai Terengganu FC II mulai musim ini

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan T-Team akan dikenali sebagai Terengganu FC II mulai musim ini.

Pengumuman tersebut dilakukan di majlis perasmian dan pelancaran jersi Terengganu dan T-Team yang berlangsung gilang-gemilang di Dataran Pantai Batu Buruk.

Manakala penaja rasmi pakaian sukan skuad Terengganu dan T-Team, Kobert, sedia pecah dominasi produk luar negara malah berhasrat taja skuad kebangsaan suatu hari nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Faeez Asry Yusof, menzahirkan harapan Kobert yang merupakan produk tempatan Terengganu mampu setanding dengan jenama-jenama sukan terkemuka.

Anggap Terengganu dan T-Team sebagai langkah pertama perkenalkan produk itu di mata umum, Faeez ucapkan terima kasih diatas keyakinan Persatuan Bola Sepak Terengganu(PBSNT) kepada Kobert.

"Kita melihat pada Thailand, mereka menggunakan produk Thailand sendiri dan kami akan cuba untuk meluaskan lagi jenama kami keseluruh Malaysia," kata Faeez.

Menurut Faeez, mereka buat pendekatan berbeza pada majlis tahun ini yang bertujuan mendekatkan peminat dengan skuad kesayangan mereka.

"Kita cuba sesuatu yang baru pada tahun ini, pelancaran kali ini kita buat di tempat terbuka supaya penyokong lebih dekat dengan para pemain.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget