Stadium Larkin @ 13.02.2016
Sumber dipetik dari Axello Tacts
##
Johor DT akan melayan kehadiran pasukan Selangor malam ini. Ia adalah pertembungan pasukan yang stabil JDT berdepan pasukan yang meningkat mendadak ketika Piala Malaysia Selangor. Dengan Selangor memberikan tambahan pemain yang berkualiti dan mengekalkan majoriti pemain penting mereka musim lalu, JDT jelas Harus waspada.
Selepas rehat panjang, tak kira pasukan mana sekalipun, masih akan tetap berdepan cabaran untuk kembali start enjin dan settle down untuk musim baru. Musim lepas JDT bermulan dengan tempo sederhana dan Selangor bermula dengan lebih baik. Jadi itulah matchday 1. Segalanya akan menjadi seperti suasana baru.
Head To Head 6 Perlawanan Terakhir
JDT 4 (66%)
SELANGOR 0 (-)
SERI 2 (34%)
Gol (Last 6 Matches).
Johor 9 ( 1.5 GPG )
Selangor 5 ( 0.83 GPG)
Fakta Perlawanan
* Kali terakhir Selangor menang di Larkin dalam perlawanan Liga Super adalah pada 2010.
* JDT pernah tewas 5 games berturut turut dalam semua pertandingan di tangan Selangor sekitar April 2012 - Jun 2013
* 2 perlawanan Liga musim lalu berakhir dengan Johor menang 3-1 di Larkin dan seri di Shah Alam sebelum itu.
* Rekod JDT Di Larkin vs Selangor dalam 5 pertemuan terakhir semua pertandingan adalah W2 D2 L1
Player To Watch
JDT : Azinee Taib
Tak pasti sama ada beliau akan bermula dalam game ini atau tidak. Namun aksi beliau ketika play off ACL seakan akan dapat menyelesaikan isu kreativiti yang kerap menjadi masalah JDT musim lalu.
SELANGOR : Khairul Azhan
Bertandang ke Larkin bukan mudah. Namun Yan adalah goalkeeper yang reliable untuk melakukan sesuatu dalam game ini.
Formasi Dan Taktikal
JDT
Gomez berpotensi menggunakan 4-2-3-1 dengan meletakkan Diaz di serangan dan Lucero di AMF. Adakah Lucero akan directly masuk ke dalam pasukan ? Jika tak , Safee Sali mungkin di no.9 dan Diaz di no10 salam 4-4-1-1.
Gomez ada option yang menarik di flank kali ini sama ada mahu menggunakan Mahali atau correct winger seperti Azammuddin.
Selangor 4-4-2
Zainal mungkin akan menggunakan formasi signature beliau 4-4-2. Andik Vermansyah dan Hazwan Bakri adalah sumber yang penting dalam skuad ini.
Tak ada alasa untuk Zainal tidak beemain attacking football dalam game ini dengan pasukan yang ada kekuatan menyerang walaupun mungkin flat 4 akan diarahkan lebih deep.
The Battle
1. Center Circle
JDT adalah pasukan yang gemar menguasai center circle dan Selangor pun turut memiliki kualiti di tengah.
2. Build Up Selangor di Wide
Ini adalah cabaran Gomez. Pasukan Selangor ada kekuatan untuk elemen ini dan mereka juga akan menggunakan wide area sebagai sumber cross
3. No.9
Selangor sudah ada proven no.9 manakala JDT akan beroperasi pertama kali dalam MSL tanpa target man berpengaruh. Diaz adalah more to false 9 yang mungkin akan dibangunkan menjadi modern 9. Atau ini adalah peluang untuk Safee Sali ?
4. Defensive
Kedua dua pasukan ada kualiti set GK yang terbaik di negara kita apabila GK utama dan backup adalah kualiti first GK MSL. Back 4 pula secara teknikal kedua dua pasukan ada unit yg baik cuma Selangor perlukan pemain seperti Razman terus dapat gel dengan team. Tapi JDT ada DMF yang lebih baik.
-------------
Previu kali ini agak ringkas kerana saya tak dapat gambaran kekuatan dan kelemahan pasukan ini. Jadi yang pasti , game ini bukan sekadar game Piala Sumbangsih malah ia adalah perlawanan Liga. JDT dan Selangor memiliki pasukan yang tak begitu banyak berubah daripada musim lepas dan ia boleh membantu untuk menstabilkan pasukan lebih awal. Taktik adalah sangat penting untuk kedua dua pasukan kerana dari segi aspek teknikal ada ramai gamechanger oleh kedua dua pasukan.
Give Us Your Best Shots !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan