Sabtu, 20 Februari 2016

Piala FA : Penyokong tahan bas pemain ingin luah kekecewaan

Sekumpulan penyokong Terengganu cuba menghalang bas membawa pemain negeri itu yang bergerak meninggalkan Stadium Hang Jebat, Melaka Tengah, 11.15 malam tadi dipercayai bagi meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan pasukan itu selepas tewas 1-3 di tangan PKNS pada saingan Piala FA.

Namun, tindakan pantas polis bersama anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) mengawal keadaan dan mengelakkan daripada berlaku kekecohan.

Bas dinaiki pasukan Terengganu juga terpaksa diiringi oleh pihak polis bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Penyokong berkenaan bagaimanapun mula beredar selepas pihak berkuasa meminta mereka memberikan kerjasama.

Bagi meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan skuad itu turut membawa kain rentang tertera tulisan 'tak dok (tidak ada) rezeki tahun depan cuba lagi.

Rasa tidak puas hati kira-kira 300 penyokong Terengganu bermula ketika aksi perlawanan apabila skuad bimbingan Ahmad Yusof ketinggalan pada minit ke-73 dan jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-90.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget