Ahad, 28 Februari 2016

Penggiliran pemain hasilkan kemenangan JDT

Pengendali JDT, Mario Gomez menyifatkan pendekatannya menggilirkan pemain dalam kesebelasan utama membolehkan pasukannya merakam kemenangan 2-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketika aksi Liga Super berdepan Terengganu pada Sabtu, Gomez merehatkan beberapa pemain yang beraksi pada saingan Piala AFC minggu lalu dalam kesebelasan pasukannya.

Tindakan Gomez itu membolehkan kesebelasan JDT tetap tampak segar, walaupun mengharungi jadual padat musim ini.

Gomez turut memuji kemampuan pemain untuk bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan serta mengekalkan disiplin sepanjang 90 minit perlawanan.

Dalam pada itu, pemangku  jurulatih Terengganu, Mike Mulvey mempertahankan tindakannya menurunkan beberapa pemain muda berdepan JDT, bagi mengisi ketiadaan tonggak senior yang kurang cergas.

Mulvey optimis, pasukannya akan belajar daripada kekalahan kepada JDT dan bangkit selepas ini.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget