Ahad, 28 Februari 2016

K Devan kecewa dengan barisan pertahanan

Kealpaan benteng pertahanan Kelantan memberi dua gol mudah kepada lawan menyebabkan mereka gagal mengutip tiga mata penuh.

Pengendali Kelantan K Devan tanpa berselindung melahirkan rasa kecewanya terhadap barisan pertahanan dikemudikan Muslim Ahmad, Nik Shahrul Azim Halim, Noor Hazrul Mustafa dan import, Jonathan McKain kerana melakukan kesilapan itu.

Devan mengakui, keadaan terbaru itu agak memeningkan ketika masalah mencari penyudah gol masih belum dapat diselesaikan.

Bekas jurulatih Negeri Sembilan dan Selangor itu berkata, seperti empat perlawanan sebelum ini, termasuk Piala FA, anak buahnya masih gagal melakukan penyudah tepat walaupun memperoleh banyak peluang keemasan.

Justeru, beliau akan bersemuka dengan Dramane Traore, bagi mengetahui permasalahan dihadapi penyerang berkenaan kerana dia begitu cemerlang ketika pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia tempoh hari, tapi tidak kelmarin.

"Namun, dia dan Blazhe Illijoski tetap akan diturunkan dalam pertemuan dengan Kedah nanti,” katanya.

Kelantan hanya sekadar seri 2-2 dengan Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, kelmarin.

Gol Kelantan diperoleh menerusi jaringan Illijoski pada minit ke-42 dan 63 manakala import Sarawak, Ndamba Makache pula menjadi penyelamat pasukannya menerusi gol minit ke-7 dan 71.

Ketua jurulatih Sarawak, Datuk K Rajagobal pula berkata, pasukannya turut berkongsi masalah sama apabila kerapuhan benteng pertahanan menyebabkan mereka gagal meraih tiga mata.

“Kami memang ke Kota Bharu untuk menang. Saya terpaksa mengubah formasi perlawanan pada 20 minit terakhir dan hasilnya, kami dapat membawa pulang satu mata," katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget