Selasa, 16 Februari 2016

Hilang 4 pemain utama selepas perlawanan pertama

Akur kekangan Selangor ekoran kehilangan 4 pemain utama, jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan desak anak buahnya tidak membuang mata dengan mudah dan mengharapkan sekurang-kurangnya satu mata mampu diraih di Ipoh, Perak.

Bukan menolak kutipan 3 mata penuh, sebaliknya Zainal ada alasan kenapa dia tidak terlalu memberi tekanan pastikan kemenangan ke atas Perak.

"Yang paling penting adalah mengutip mata, memang kami sasar 3 mata jadi di sini, kami berusaha sedaya upaya untuk mengutip mata penuh. Tetapi sekiranya mengutip satu mata pun saya sudah berpuas hati," katanya.

Satu mata sudah memadai melihat kepada kekangan skuad kendaliannya ketika ini yang ketiadaan 3 pemain utama iaitu Nazmi Faiz, Ahmad Hazwan Bakri dan Robert Cornthwaite yang tidak dapat beraksi kerana cedera selain S. Veenod yang tidak bersama pasukan kerana baru sahaja kehilangan adiknya.

"Inilah masalah yang kami hadapi ketika ini kerana beberapa pemain tidak dapat beraksi tetapi saya yakin dengan pemain lain yang ada mereka mampu menggantikan tempat mereka," tambah Zainal.

Kehilangan 4 pemain menjadi penambah duka skuad Selangor selepas turut kecewa apabila terlepas peluang untuk menjulang trofi Piala Sumbangsih, Sabtu lalu.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget