Ketua jurulatih skuad Harimau Kumbang Jacksen F Tiago berkata, persiapan mereka semakin sempurna dan akan tampil dengan semangat tinggi untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang sendiri.
Menurutnya, segala persiapan pasukan terus diperkukuhkan di samping memperbaiki beberapa kelemahan yang menyebabkan mereka kecundang 0-1 kepada Terengganu pada aksi pembuka tirai itu.
“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kemenangan pertama selain mengharapkan semua pemain mampu menunjukkan prestasi sebenar ketika bertemu Pahang.
“Keyakinan saya amat kuat untuk meraih kemenangan kerana pemain berada pada kedudukan terbaik ketika ini. Saya percaya semangat laungan ‘This Is Bandaraya’ yang bergema di seluruh stadium nanti akan menyemarakkan pemain untuk beraksi cemerlang,” katanya.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan