Sabtu, 9 Januari 2016

Undian Piala FA 2016 : JDT, Selangor dijangka tiada masalah

Shah Alam: Pasukan pilihan Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Selangor dan finalis 2015, Kelantan, dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan pusingan kedua Piala FA 2016.

Johor DT, juara Liga Super namun tersingkir di suku akhir Piala FA musim lalu akan menentang skuad Liga Perdana UiTM FC, di gelanggang lawan.

Juara Piala Malaysia, Selangor pula bertemu Selangor AirAsia All Star FC, manakala Kelantan yang tumpas kepada wakil Singapura, LionsXII di pentas akhir tahun lalu akan berdepan pemenang pusingan pertama UKM FC atau Hanelang FC.
Undian terbuka yang tidak meletakkan ranking pada mana-mana pasukan juga menyaksikan finalis Piala Malaysia Kedah bertemu lawan mudah dari pusingan pertama, Selangor Megah Murni FC atau MISC-Mifa.

Antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan, Terengganu bakal berdepan PKNS FC, Pahang dengan T-Team sementara peluang FELDA United untuk mara ke pusingan ketiga cerah apabila hanya perlu mengatasi pasukan dari Liga FAM Perak PB Ipoh.
Perubahan format Piala FA dilakukan tahun ini dengan perlawanan pusingan ketiga dan keempat bakal dilakukan menerusi undian. Kesemua perlawanan pusingan pertama akan berlangsung secara kalah mati pada 30 Januari manakala pusingan kedua pada 19 dan 20 Februari.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget