Ahad, 10 Januari 2016

Syed Mokhtar Taja Pasukan Kedah?

Hartawan korporat dan Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dikhabarkan bakal menaja pasukan bola sepak Kedah.

Itu khabar angin terbaharu yang sedang tersebar dalam media sosial mengenai saingan Liga Malaysia 2016 yang akan membuka tirai bermula 30 Januari ini.

Rumors itu antara lain menyebut, Syed Mokhtar tidak memberi sebarang syarat kepada pasukan Kedah dengan tajaan sebanyak RM35 juta.

“Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dikhabarkan akan menaja Kedah sebanyak RM35 juta. Namun beliau tidak memberi apa-apa syarat kepada Kedah,” kata sebuah laman Facebook penyokong bola sepak Kedah semalam.

Rumors itu timbul selepas Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengumumkan akan menaja pasukan Kelantan dengan nilai jutaan ringgit.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan bersetuju menerima penajaan daripada Vida Beauty Sdn. Bhd. dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

KAFA turut bersetuju menawarkan jawatan Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017 kepada Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida susulan tajaan yang diberikan.

Sumber : mynewshub

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget