Ahad, 10 Januari 2016

JDT berhasrat ambil alih Frenz United

Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dalam proses untuk mengambil alih separuh daripada pemilikan kelab bola sepak remaja profesional Frenz United Football Club (Frenz United).

Skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah menjadi pasukan bola sepak pertama negara muncul juara Piala AFC berminat untuk memiliki 50% daripada pemilikan kelab profesional itu.

Perkara itu diumumkan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasmi kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua penyokong bahawa JDT kini dalam proses rundingan bersama Frenz United, dengan kemungkinan JDT mempunyai pegangan pemilikan sebanyak 50% dalam kelab berkenaan.

"Dengan itu, Frenz United akan menjadi sebahagian platform untuk pembangunan dan menyalurkan bakat muda kepada JDT.

"Namun begitu, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh demi kemajuan kelab, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, serta sentiasa merendah diri," katanya.

Frenz United yang ditubuhkan pada 2012 adalah kelab profesional pertama di negara ini yang memiliki akademi bola sepak di Janda Baik, Pahang.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget