Khamis, 14 Januari 2016

Sime Darby buru seorang lagi slot import

Sime Darby masih buru seorang lagi slot import di posisi serangan selepas dua pemain dari Tajikistan dan Krgyzstan gagal pikat jurulatih, Abdul Ghani Malik.

Ketika Liga Malaysia tinggal satu bulan sahaja lagi untuk berlangsung, Sime Darby masih tercari-cari seorang lagi awang import lengkapi kuota.

Setakat ini Mateo roskam, Frederic Pooda dan Ha-dae Won sah bergelar pemain import Sime Darby musim ini.

Jurulatihnya,  Abdul Ghani Malik, sasar mahu dapatkan seorang pemain tengah menyerang yang mampu bertindak selaku perancang pasukan.

"Buat masa ini kami tengah tunggu lagi 2-3 pemain yang akan datang bagi menjalani sesi pemilihan jadi kami menilai sama ada mereka sesuai atau tidak,"jelasnya.

Bakal hadapi T-Team pada Jumaat dalam aksi persahabatan, Ghani rasakan kebanyakan pemain mudanya belum bersedia sepenuhnya hadapi saingan sebenar.

Justeru, beberapa perlawanan persahabatan yang diatur sebelum sepak mula 12 Februari jadi medan terbaik bentuk keserasian.

"Kita masih diperingkat awal jadi keputusan itu saya tidak tekankan sangat kami cuma mahu pemain baru dan lama termasuk import mencapai keserasian," katanya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget