Khamis, 14 Januari 2016

Dakwaan T-Team dinafi FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan T-Team bahawa kelab itu perlu beraksi perlawanan penentuan ke Liga Super bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 30 Januari di Stadium Ipoh diikuti saingan Piala FA sehari selepas itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, perlawanan Piala FA hanya akan bermula 18 Februari ini.

“Yang bermain pada 31 Januari hanya melibatkan kelayakan pasukan Piala FAM untuk ke pusingan kedua Piala FA.

“Pasukan Liga Perdana dan Liga Super tidak terlibat dalam perlawanan pada 31 Januari,” katanya.

Sebelum ini, T-Team menghantar rayuan kepada FAM meminta supaya mengkaji semula perlawanan melibatkan pasukan itu yang didakwa perlu bermain dua perlawanan berturut-turut pada 30 dan 31 Januari.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget