Rabu, 20 Januari 2016

Kenyataan FMLLP berikutan kelewatan jadual liga 2016 dikeluarkan

MAKLUMAN DARI UNIT PERTANDINGAN FOOTBALL MALAYSIA LLP:

Kelewatan jadual liga dikeluarkan adalah dikesali namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum jadual diumumkan. Antara sebab utama jadual mengambil masa yang sedikit lama untuk dikeluarkan adalah kerana isu perkongsian venue perlawanan antara pasukan.

Antara pasukan-pasukan yang berhadapan dengan masalah venue musim ini adalah seperti pasukan Selangor dan PDRM dimana Stadium Shah Alam ditutup untuk penyelenggaran sehingga 31 Mac 2016.

Selangor telah memilih untuk beraksi di Stadium Selayang sehingga 31 Mac dan turut berkongsi venue dengan pasukan Kuala Lumpur dan Sime Darby manakala PDRM akan beraksi di Stadium Hang Jebat, Melaka dan berkongsi venue dengan pasukan Melaka dan PKNS. Namun, kedua-dua pasukan masih belum menerima kelulusan rasmi dari kedua-dua stadium tersebut.

Selain daripada isu perkongsian venue, terdapat juga isu stadium ditutup kerana acara lain. Antara venue yang terlibat adalah Stadium Negeri Sarawak yang akan ditutup untuk SUKMA dari 19 hingga 30 Julai. Ini bermakna Sarawak perlu bermain di tempat lawan pada masa tersebut.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pula akan ditutup untuk MSST/MSSM dari 5 April hingga 21 Mei. Ini bermakna pasukan Terengganu akan berkongsi venue dengan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Antara perkara lain yang perlu diambil kira dalam proses melengkapkan jadual adalah jadual AFC Champions League, AFC Cup, Kalendar FIFA dan Piala Sultan Selangor.

Namun, jadual kini sudah lengkap dan akan sedia untuk dikeluarkan paling lewat Jumaat ini, 22 Januari 2016.

Sumber: Football Malaysia LLP

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget