"Ia tidak akan menjadi kenyataan, Azrif merupakan pemain utama pasukan Selangor dan tidak mustahil dia akan menjadi legenda pasukan itu jika mengikuti haluan yang betul," kata Amirudin.
FAS pada Selasa turut menerima surat permohonan Azrif untuk pelepasan kontrak bernilai RM960,000, namun terpaksa menolak atas beberapa faktor.
Azrif telah menandatangani kontrak lanjutan hingga 30 November 2017 minggu lalu dan telah pun menandatangani borang c03 iaitu bersetuju untuk didaftarkan sebagai pemain Selangor dan turut didaftarkan untuk Piala AFC.
Namun, percubaan Azrif untuk menyertai pasukan lain ketika ini jelas mengundang rasa kecewa Amirudin.
"Bertemu dengan mana-mana pasukan bukan satu kesalahan, tetapi jika menandatangi bersama pasukan lain dan masih lagi ada kontrak dengan pasukan semasa itu adalah satu kesalahan, tetapi kita akan bincang secara teliti. Kita perlu patuh dengan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan.
Amirudin bagaimanapun menjelaskan tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Azrif berhubung perbuatannya itu atas semangat kekeluargaan The Red Giants.
Jika sebelum ini pemain atau pasukan hanya berdepan tindakan FAM, musim 2016 mungkin perlihatkan hukuman tambahan daripada FMLLP.
Menurut penjelasan ketua pegawai eksekutif (CEO) FMLLP Kevin Ramalingam, mereka ada bidang kuasa kenakan sebarang tindakan di bawah peraturan yang ditetapkan.
"Jika pasukan tidak mematuhi syarat-syarat, Liga akan mengambil langkah untuk menghukum pasukan tersebut," kata Kevin.
Dia berkata demikian sebagai ulas tindakan Mohd Azrif Nasrulhaq yang mahu ke Johor Darul Takzim namun melanggar kontrak ditandatangani bersama Selangor.
Dalam masa sama, Kevin tetap memuji sikap profesional JDT yang memohon maaf atas kesilapan bersabit isu Azrif.
Berasakan perkara itu telah selesai, dia berharap semua pihak lebih peka berhubung isu kontrak pada masa depan.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan