Sabtu, 23 Januari 2016

Johor bakal wujudkan Bandar Sukan JDT

Hari ini YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah mengumumkan bahawa DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor memberi perkenan mengurniakan dana untuk pembiayaan stadium baru dan juga 70 ekar tanah pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan JDT (JDT Sports City).

"Ianya akan menjadi pusat sukan di mana akan adanya tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT dan juga kemudahan-kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT." katanya yang dipetik dari laman facebook rasmi Johor Southern Tigers

"Dan kini, fahamlah saya apa yang dimaksudkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor berkenaan 'JDT Sudah 50 Langkah Kehadapan'.

"Meskipun ramai yang mengkritik dan mempersendakan apa yang cuba disampaikan oleh baginda, misi dan visi yang diilhamkannya kini telah menunjukkan hasil dengan pelbagai kejayaan yang diraih serta prasarana dan fasiliti yang telah dibangunkan untuk JDT." jelasnya.

Seterusnya beliau memetik dua mutiara kata yang sering diberikan oleh TMJ kepada seluruh organisasi JDT iaitu 'Kita bukan sekadar bermimpi dan merancang, tetapi kita melaksanakannya' dan yang kedua ialah 'Sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberikan segala yang terbaik untuk hambanya yang mempunyai hati yang bersih'.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget