Biarpun berpeluang ke Terengganu selepas tamatkan khidmat di Harimau Muda pada tiga musim lalu, affize memilih ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Keputusannya itu cetus sedikit kontroversi sebelum segalanya berjaya diselesaikan oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Namun, setelah ATM berdepan masalah pengurusan pada musim ini, affize akhirnya pulang ke pangkuan ke pasukan negeri sendiri.
"Pertama sekali, saya berterima kasih dengan Persatuan Bola Sepak Terengganu kerana sudi menerima saya kembali ke negeri sendiri.
"Saya akan buktikan kepada penyokong kami dan seluruh rakyat Terengganu bahawa saya layak sarung jersi negeri diri sendiri," kata Affize.
Namun, Affize berasakan pilihannya pulang ke Terengganu perlu dibayar dengan harga yang mahal kerana sukar bersaing rebut kesebelasan utama.
Selaku pemain profesional, dia akan anggap itu sebagai asam garam yang perlu dilalui dalam kerjayanya.
"Persaingan di Terengganu amat sihat terutama sekali di posisi tengah namun kami akan bekerjasama untuk mencapai sasaran kami iaitu sekurang-kurangnya satu piala bagi tahun 2016," tambahnya.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan