Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Eksekutif Pahang FC, Fahrizal Hasan selepas melihat perkembangan pemain pertahanan berusia 20 tahun itu.
Sajrul memiliki potensi untuk ditandatangani untuk mengisi kuota pemain tempatan kerana pertalian keluarga di mana bapanya berasal dari Sarawak, sementara ibunya berasal dari Sarajevo.
Pahang FC memiliki seorang lagi pemain kacukan yang memiliki kerakyatan Australia, Matthew Davies yang ditandatangani pada April 2015.
Sajrul akan kembali ke Bosnia namun Fahrizal tidak menutup pintu buat pemain itu untuk menguatkan barisan Tok Gajah pada masa hadapan.
"Sajrul akan pulang pada malam ini ke Bosnia. Dia sudah melalui latihan bersama kami dan kami mendapati tahap perkembangannya belum sampai lagi.
"Kami sedang mengusahakan kerjasama bersama satu akademi di Bosnia untuk melatihnya selama setahun. Dia akan dipanggil kembali ke Pahang pada sekitar Disember untuk menjalani satu lagi ujian," terangnya.
Fahrizal menegaskan, ketika ini senarai pemain Pahang sudah mencukupi tetapi beliau tidak menolak seandainya ada kejutan perpindahan pemain sebelum perpindahan pemain musim 2016 berakhir pada 14 Februari.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan