Selasa, 19 Januari 2016

JDT tidak berhasrat tandatangani Mohd Azrif

Sebelum ini telah dikhabarkan bahawa Mohd Azrif Nasrulhaq telah menandatangi kontrak bersama JDT.

Dipetik dari laman rasmi facebook JDT, Kapten Mohd Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu seorang pemain pertahanan Mohd Azrif Nasrulhaq.

Beliau berkata, "pencari bakat kami diberitahu bahawa kelab memerlukan pemain di posisi tersebut. Pencari bakat ini telah mengenalpasti pemain dan memaklumkan kepada kelab bahawa pemain tersebut tidak terikat dengan mana-mana kontrak."

"Jadi kelab agak terkejut apabila mendapati bahawa pemain ini masih terikat dengan pasukan Selangor dan pencari bakat tidak menyelidik dengan tepat status pemain tersebut."

"Setelah mendapat tahu perkara ini, JDT tidak berhasrat lagi untuk menandatangani pemain tersebut. Sehubungan itu, pencari bakat tersebut telah pun diberhentikan serta merta kerana gagal mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pemain ini."

Seterusnya pihak JDT telah merakamkan permohonan maaf kepada pihak pengurusan Selangor.

Tambah Kapten Mohd Fahmy, "kami menghormati Selangor sebagai kelab besar dan profesional."

Sumber : fb JST

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget