"Ketika ini, tidak ada pemain diisytiharkan 'selamat'. Tidak kisah senior atau junior, mereka boleh dikeluarkan daripada pasukan bila-bila masa.
Titahnya, terdapat banyak perkara yang masih perlu difikir dan ditambah baik, sebelum keputusan muktamad dilakukan bersama ketua jurulatih Mario Gomez.
Sementara itu, mengenai barisan pemain yang akan beraksi dalam kempen Liga Super/Malaysia musim ini, Tunku Ismail bertitah baginda hanya akan memuktamadkannya sebelum 14 Februari ini.
Stadium baharu dan Bandar Sukan JDT
Pembinaan stadium baharu dan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dirancang di kawasan Nusajaya di sini, akan menelan kos antara RM180 juta hingga RM200 juta, katanya.
Baginda bertitah kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 28.3 hektar untuk projek itu.
Majlis upacara pecah tanah bagi pembinaan stadium itu dijadual berlangsung pada 30 Jan ini bersama para penyokong Harimau Selatan.
Namun, menurut Tunku Ismail, hanya 14.2 hektar akan digunakan untuk membangunkan stadium manakala baki selebihnya untuk memajukan Bandar Sukan JDT merangkumi hotel, apartment, pusat membeli-belah, padang sukan rugbi, gelanggang tenis dan lain-lain.
"Setakat ini, perancangan pembinaannya sedang berjalan dengan baik dan syarikat Forest City merupakan penaja terbesar kami dan merekalah yang akan membina stadium tersebut," titah baginda kepada pemberita di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini hari ini.
Baginda bertitah apabila siap nanti, stadium itu yang dinamakan sebagai Stadium Sultan Ibrahim Larkin, akan digunakan oleh pasukan JDT untuk berlatih, manakala stadium lama di Larkin untuk pasukan JDT 2.
Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pula diberikan khusus kepada pasukan JDT 3 dan JDT 4 untuk mengasah bakat masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan