Bagi Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan.
Tunku Ismail juga berasa, peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda pulang ke negeri asal adalah tidak lagi relevan.
"Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling teruk sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka," kata Tunku Ismail.
"Pada saya, pemain Harimau Muda sepatutnya bebas hendak pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu pergi. Kamu tidak boleh memaksa pemain bermain di tempat yang mereka tidak mahu. Mereka adalah pemain bola sepak profesional."
"Kita kononnya mahu mengajar pemain bolasepak bahawa mereka perlu menjadi profesional. Tetapi pihak pengurusan sendiri tidak profesional. Takkan boleh duduk diam selama ini dan tunggu pemain dibentuk oleh FAM atau mana-mana kelab, tetapi bila pemain ini sudah berkembang, kita anggap itu pemain kita. Bagi saya itu sistem yang tidak masuk akal." tambahnya.
KLFA sebelum ini menegaskan akan menuntut kelibat Hafiy bersama dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, M. Kogileswaran dan R. Dinesh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan