Rabu, 27 Januari 2016

Usahasama Selangor, Inter Milan dijalin


Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kini selangkah ke hadapan dalam pembangunan bolasepak dengan bakal menjalinkan usahasama bersama kelab daripada Eropah, Inter Milan.

Menurut Amirudin lagi pemilihan menjalinkan usahasama bersama Inter Milan berdasarkan rekod kelab tersebut sebagai salah sebuah kelab yang berjaya di Eropah.

Pengurus pasukan Selangor itu menjelaskan usahasama yang bakal dijalinkan adalah daripada aspek kejurulatihan dan modul latihan untuk pembangunan bolasepak di negeri Selangor khususnya.

Beliau berkata pemilihan untuk menjalinkan usahasama bersama Inter Milan berdasarkan rekod kelab tersebut sebagai salah sebuah kelab yang berjaya di Eropah.

Wakil kelab Inter Milan hadir pada Selasa untuk bertemu FAS bagi membincangkan usahama antara kedua-dua pihak.

"Kita telah bertemu dengan pihak Inter Milan yang mahu menjalinkan hubungan dalam pembangunan bola sepak," kata Amirudin.

Selain Inter Milan, Amirudin juga menegaskan FAS juga bakal bertemu dengan dua lagi wakil kelab Eropah, masing masing dari Jerman dan England bagi membincangkan usahama yang bakal dijalankan sebelum membuat keputusan muktamad.

"Dalam masa yang sama, kita akan bertemu dengan pasukan dari Jerman dan England, tetapi kami akan meneliti dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Terdahulu Aamirudin hadir pada majlis pengenalan dan menandatangani kontrak pasukan Piala Presiden dan SUKMA 2016 selangor di Shah Alam pada Rabu.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget